Wednesday 16 September 2015

Induksi surau 1 *hari kedua*

Assalamualaikum. Selamat Hari Malaysia !!! Okay, hari tu aku dah cerita serba sikit pasal induksi satu hari pertama dan entry kali ni nak cerita jugak lah induksi satu bagi hari kedua. Maaf lerr lambat sikit ceritanya sbb mood tengah kong. Haha. Wifi kolej ni x menentu. Kejap ada, kejap xdak. Macam chipsmore plak. Huhu. Nak update blog pun tergendala. Cehh~ Apatah lagi tgk tonton. Haha. Memang menguji kesabaran betul lah.

Okay lah, nak start dari pagi tu pada pukul 8.30 pagi jugak, MT surau macam biasa lah turun awal sikit dari exco sbb nak siapkan sarapan. Exco surau yang lain diminta turun pada pukul 9.15 pagi sbb kalau lambat kang kena marah pulak. Hehe. Takda lah, dah besar kan. Nak marah2 buat apa. Dah siap sediakan sarapan & semua peserta pun dah turun, kami diminta untuk ke ruangan muslimin. Macam biasa laa sebelum aktiviti dimulakan, kami diminta menyanyikan lagu tema induksi satu. Semangat !! Haha. Pagi tu ada pengisian yang disampaikan oleh seorang pelajar UM jugak. Tunggu punya tunggu, orangnya tak muncul jugak. Maka, fasi pun membuat keputusan untuk menyuruh kami sarapan dahulu sbb orang yg ditunggu ni mcm lama ja lagi mau sampai.

Tepat pukul 10 pagi & setelah selesai sarapan, kami diminta masuk semula ke ruangan muslimin untuk aktiviti LDK yang merupakan output kepada input pengisian yg belum kami dengar tu. Haha. Awal pula LDK nya ni. Ok laa tu, x jugak buang masa yg ada. LDK ini dikendalikan oleh kak Dijah yg diberi nama “si buta yang cerdik”. My first expectation is kami akan disuruh melukis atas kertas apa yang si ketua arahkan. Tapi, silap. Haha. Kami diminta membahagikan dua kumpulan (gabung muslimin muslimat). Semua orang akan merasa menjadi buta dan kami akan beratur di checkpoint pertama dengan menutup mata menggunakan kain. Seorang ketua akan dilantik dan beliau akan berdiri di hadapan (jauh dari si buta. So suara kena kuat supaya si buta dpt mendengar arahan yg diberi dgn jelas.) Dalam keadaan mata yg tertutup, para fasi akan meletakkan halangan2 seperti botol, pasu bunga dan segala macam barang yg ada di dalam surau yg boleh dijadikan halangan oleh para fasi. Kalau si buta dah terlanggar or terpijak “halangan” tu, dia kena patah balik ke checkpoint pertama. Si ketua pula mesti mengarahkan si buta menggunakan nombor. Contoh, 12 (hadapan), 3 (kanan), 6 (belakang), 9 (kiri). Langsung tak boleh sebut depan, belakang, kiri, kanan, Mesti sebut nombor2 tersebut. Faham takk ? Hehe. Dalam keadaan yg “meriah” tu, fasi2 ni dok buka lagu pulakkk. Memang tenggelam la suara aku. Haha. Jerit kuat sikittttt. Memang syok sangat dan menguji kesabaran jugak la. Tapi paling best bila dapat tolong alihkan barang yg menghalang ahli kumpulan kita nak berjalan dan tolong tambah halangan kat kumpulan sebelah. HAHA. Bila dah habis semua peserta yg menjadi buta, kami diminta memberikan kesimpulan apa yg kami dapat dari LDK tersebut. So, apa yg penting kat sini “KERJASAMA”. Hehe. Kepercayaan, keyakinan, sabar dlm handle seseorang, strategi dan bermacam2 lagi.

Pada pukul 11.30 pagi,kami diminta duduk semula ke tempat asal sementara menunggu si penyampai pengisian. Akhirnya, si penyampai pun datang. Beliau memperkenalkan diri yang juga merupakan ahli PMIUM jugak. Beliau memulakan dgn memberikan salam. Maka kami menjawab salam dgn suara yg kurang “all out”. Dia bagi salam, kami jawab lagi. Bagi salam lagi, jawab lagi. Rasanya ada la dalam 7 kali berjawab salam. Hehe. Dia x puas hati sbb suara jawab salam kami tu x sampai 100%. Huuu~ Semangat sungguh orangnya. Kemudian, kami diberikan sehelai kertas A4 dan diminta menulis nama diatas ketas tu dan menulis (+) , (-). Para fasi pun diminta buat benda yg sama (tidak terkecuali). Beliau bagi masa lebih kurang 15 minit untuk kami penuhkan (+) (-) di atas kertas orang yang berbeza. Tak boleh dapat kertas sendiri. Maka, penuhlah kertas tu dengan bermacam2 kelebihan kekurangan yg ada. Lepas tu, masa pun tamat dan kami pun diberikan kertas masing2. So, nak bagi tau sikit laa apa yg aku dapat hasil dari tersebarnya kertas ni. Haha. First, pemalu. Memang aku akui yg aku ni pemalu tapi mungkin dgn org yg aku x berapa rapat. Kalau korg kenal aku, tambah lagi budak bertiga tu, memang korang akan tau aku ni “nakal” sikit la. Haha. Tapi, pemalu kat kertas tu ada 2 tempat, (+) dan (-). Maksudnya camna ?? Kedua, nak highlight kan di sini ialah ada org komen jawapan yg aku jawab oleh si penyoal dalam induksi satu. Ada 2 org lelaki yg tanya. Sorang tu shahrul (dia x dtg masa hari kedua induksi satu) dan sorang lagi fasi. Of course la si fasi yg punya tulisan sbb dia ja yg dok menanya soalan mcm tu. Derrhhh~ Haha. Sabar ja lah. Aku takmo dah tgk kertas tu. Rasa macam sedih pun ada. Yalah, org tak kenal kita kan. Huhu. Takpa lah, kak Mizah kata tak semestinya org yang kurang dapat kritikan tu dia baikkk sangat ! So, dari kritikan tu la kita cuba perbaiki diri. Insya Allah. Start dari tu, aku jadi xda mood plak. Wahaha! Ambik hati kerrr :p HAHAHAHA. Ok stop! Jangan malukan diri sendiri please.

Selepas pengisian, jam pun sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Kami pun makan tengah hari tapi aku mengantuk + kenyang sebab sarapan tadi makan banyak. Tapi akak2 fasi paksa jugak makan. Hehe. So, kita makan aje lah. Lepas makan, kiranya nak tidur tapi mata x boleh lelap plak. Tak lama lepas tu, azan zohor pun berkumandang. Kami pun solat zohor berjemaah. Selesai solat zohor dan jam pun menunjukkan pukul 2 petang. So, macam biasa kena nyanyi lagu tema. Hehe. Lepastu, kami diminta untuk kembali membuat kumpulan macam tadi. LDK seterusnya ialah Telefon Rosak yang dikendalikan oleh kak Mizah. Tapi telefon rosak ni bukan main bisik2 tu. Salah seorang diminta ke hadapan untuk menggayakan apa yg dia dapat dari fasi tu. Mula2, kami diberi peribahasa dan menggayakannya. Sorg buat gaya, ahli kumpulan lain meneka peribahasa apakah itu. Aku dapat peribahasa “kera . . . . bunga” (ntah tak ingat). Mula2 tu aku minta kak mizah tukar sbb xnak buat gaya kera dan aku terfikir mcm mana nak buat gaya bunga. Tapi bunga memang ada kat surau tu. So, boleh tunjuk ja la. Malangnya Kak Mizah tak bagi tukar peribahasa. Maka, aku buat la gaya monyet. Tepuk tangan kat atas. HAHA. Alangkah hebatnya ahli kumpulan aku sbb dapat teka. Yeayyy !! Takda la malu sangat sbb x buat semula gaya tu. Seterusnya, ketua kami Shameer volunteer jadi tukang buat gaya kat depan sebab kami cuma tau teka ja. Yang ni kira susah sikit sebab main ayat yg panjang sikit. Ada 5 ayat dan setiap ayat ada 5 atau 6 patah perkataan. Tapi, walau susah macam mana pun, kedua2 kumpulan dapat menekanya dgn tepat. *clap ur hand*

Sementara ada masa lagi sebelum asar, kami main benda yg sama jugak tapi kali ni kena lukis di atas secebis kertas. Kami diminta duduk dalam satu barisan memanjang ke belakang dan menjarakkan sedikit kedudukan supaya orang lain x tgk apa yg kita lukis. Strategi yg paling penting ialah dalam barisan tu, orang yg paling depan kena pandai melukis dan org last tu mesti pandai teka. Untuk yg pertama, kami dapat peribahasa lagiiii. Huhu. Tapi, dapat teka jugak. Haha. Yang kedua, kami dapat hanya satu patah perkataan dan kedua2 kumpulan dapat teka. Game ni sangat best sbb dapat tgk hasil lukisan org. Haha. Dan dapat menguji minda untuk berfikir. LDK yg terakhir ialah kami diberikan sehelai kertas A4 dan gunting. Fasi minta kami olah kertas tu supaya semua ahli kumpulan dapat masuk ke dalam. Dengan kepakaran yg ada, maka terhasil lah satu bulatan yg boleh memuatkan semua ahli kumpulan dalam tu. Hehe

Pada petang tu, hujan pun turun. Ingatkan dah xda main apa lagi. Tapi fasi2 cakap petang tu ada riadah. Sebelum bersurai utk siap2 asar, kami ambik gambar semua fasi, MT dan Exco sbb lepas riadah nanti comot2 xda org nak bergambar. Haha. Selepas solat asar, kami semua ke luar surau untuk beriadah pada petang tu. Alhamdulillah, hujan sudah reda tapi masih mendung. Ada 4 game yang kami main iaitu “sungai beracun”, “selamatkan belon”(x ingat apa nama dia), baling belon yg berisi air ke belakang, dan main volley balloon acah2 main volleyball. Game yg pertama ialah “sungai beracun” aka poison river. Fasi arahkan kami supaya selamatkan diri dari tempat asal kami ke seberang sungai dengan menggunakan papan yg disediakan. Salah seorang x boleh jatuh. Kalau tak, kena ulang dari mula. Huhu. Syafiq dan Shameer (ketua kami) pergi menyeberangi sungai tu terlebih dahulu. Lepas tu, Shameer kembali kepada kami dan menyerahkan papan2 tu untuk kami semua (muslimat) pergi menyeberangi sungai. Haha. Dengan usaha yg gigih (cehh), kami akhirnya berjaya menyeberangi sungai tu. Akhir sekali, Syafiq kembali kepada Shameer dan Fansuri untuk menyelamatkan mereka menyeberangi sungai. Akhirnya, kami semua selamat. Hehe. Cara2 main game ni macam main alih batu bata tu. Ermm, siapa yg pernah main tau kot macam mana. Susah nak terangkan kat sini. Heeee~

Game yang kedua ialah selamatkan belon. Haha. Macam pelik ja bunyinya. Kami diberikan belon sorang satu. Sendiri tiup hokayyy. Sakit pipi ku meniupnya. Yang ni aku xtau macam mana nak terangkan. Tapi yang penting belon tu masukkan kat belakang. Sebelum tu, buat bulatan yg membelakang. Haha. Apa punya ayat daaaaa~ So kiranya bila dah buat bulatan, belon akan dimasukkan kat belakang kita. Lepas dah letak belon, kena jalan pula ke seberang. Haha. Siapa cepat dia menang & belon tu tak boleh pecah. Okay, taknak terangkan dah. Susahhhh. Mula2 pun aku rasa mcm mustahil ja benda ni. Tapi lepas tu boleh ja buat sebenarnya. Nothing impossible gitcheww~
Game yang seterusnya ialah baling belon yang berisi air ke belakang. Ermm, siapa pernah main mesti tau kan cara dan perasaan dia bila main. Lagi2 kalau belon pecah then kena kau sendiri. Haha. *padan muka aku* Masa baling belon ni tak boleh toleh belakang. Mesti baling dan orang belakang kena ready. Aku masa tu cukup ready dah lepas tu Syafiq baling belon tu tetiba ja belon tu pecah ngam2 kena kat muka aku. Wohoiiii. Basah la jadinya. Adoiii. Tapi nasib baik boleh cover lagi mana2 yg patut. Hehe. Aku rasa belon tu pecah sbb kena pin tudung. Syafiq pun apa lg gelabah minta maaf. Haha. Aku ok ja laa. Rezeki la kan kena basah. Apa yang penting memang have fun petang tu.
Game yang terakhir ialah volley balloon. Hari pertama guna kain batik/pelikat. Tapi hari kedua ni xda guna apa2 just baling ja. Siapa yg pandai sambut memang terrer la. Tapi dalam banyak2 tu, mesti akan pecah punyaaa dan paling best kena basah. Fasi2 memang suka la kan main belon air ni. Haha. Peserta pun sama jugak lerr. Peserta2 dah habis main, lepas tu peserta minta fasi2 pula yg main. Hebat2 wuu fasi2 ni. Haha. Tepat pukul 6 petang kami semua menamatkan permainan dan fasi minta kami berkumpul semua kat luar surau sbb dah basah kuyup kena air. Fasi minta pengerusi dan timbalan pengerusi untuk memberikan idea atau penambahbaikkan untuk induksi dan program yang akan datang.

Sebelum bersurai, s/u surau ada bagi sedikit cenderahati kepada para fasi yg penat bertungkus lumus dari cuti sem lepas katanya semata2 nak sediakan persiapan untuk induksi ni. Lepas tu, fasi bergambar sesama mereka. Terima kasih kepada semua fasi (Hazzani, Farid Azlan, Haziq, Kak Mizah, Kak Feezy, Kak Dijah dan Kak Aisyah). Fasi semua baik2. Acecee~ Lain kali jadi laa fasi lagi. Hehe. Lepas ni apa2 program MT laa yang akan handle. Huhu. Nebes pula rasa. Doakan ja la yang terbaik. Wokayyy. Sekian saja cerita saya bagi induksi surau satu hari yang kedua. Maaf la kalau terlebih panjang dari sebelum ni. Maklum laa excited ! HAHA. Maaf jugak sbb kosong ja xda gambar. Nanti kalau dah dapat gambar dari fasi, kite letak kat sini kayyy. Bubye fasi *lambai tangan* Jumpa lagi :D

No comments:

Post a Comment