Saturday 27 September 2014

Bukit Broga

Fuhhh~ Sudah lama x update something kat blog ni. Maklum laa, dah jadi student degree skang. Minggu pertama masuk UMKL memang sibuk sangat 200%. (eh eh). Minggu HaluanSiswa (MHS) yg memenatkan tp sangat menyeronokkan. Mula2 tu memang stress laa sbb asyik kena cepat ja. Lepastu, muka PM Disiplin serius gilaaaaaa. Okeh, bukan ini yg aku mau cerita. Stop muqaddimah sampai sini.

Semalam, bersamaan dgn 20 september 2014, aku join mendaki bukit broga dgn Alin, Raihan & Nani (itu budak majmuah aku laa). Lebih kurang 80 orang student UM sebabnya ada 2 bas UM. Abe aku pun join jugak. Weheee~ X rancang pun nak pegi sama2. Aku join naik bas utk KK12 & KK5 sebab nak sekali dgn Alin. Hehe. Dapat jugak laa naik bas sekali dgn Abe Miyo.

Dalam perancangan, kami diminta berkumpul di bus stop KK5 pukul 6 pagi tp kami terlambat 15 minit & ada lg bdk laki yg lambat dari kami. Sebelum bas bergerak, cuaca ok ja kot. Baru keluar kat main gate UM, hujan mula turun. Aku risau jugak laa sbb bukit tu nanti mesti jadi licin kan ? Alin apatah lg bertambah2 risaunya sbb dia dah pernah daki bukit tu. Sepanjang perjalanan, hujan turun & semakin lebat pula. Perjalanan kami x jauh kot. Ntah la x perasan plak sbb aku mengantuk dlm bas tu. Hehe.

Sampai kat sana, hujan masih turun & kami masih duk diam2 dlm bas. Lebih kurang pukul 8 pagi, kami dibenarkan turun & berbaris sesuka hati lah. Hehe. Ketua Sukan & Rekreasi suruh kami bahagikan kpd kumpulan & setiap kumpulan mempunyai 8 orang ahli. Bagi lelaki pula, 2 org lelaki masuk dlm kumpulan perempuan. Kononnya laa utk menjaga para muslimat yg ada. Haha. Aku perhati ja dari jauh Abe Miyo aku tu. Saja laa tgk kumpulan mana dia mau pilih. Dia x pegi pun kat kumpulan aku. Mungkin x nak budak lelaki lain kecoh2 kot. Haha. So, dua budak lelaki yg pegi kat kumpulan aku ialah Ku Syafiq & Muzairie. Dua2 hamba Allah ni budak Nilampuri. So, kira ok laa jugak kan.

Maka dgn itu, kami pun bergerak beramai ramai dlm kumpulan. Tanpa warming up, kami berjalan & terus berjalan. Ada sedikit lumpur yg kelihatan disebabkan hujan yg turun. Eksaited pun eksaited jugak tp safety first kayy. Masa tgh mendaki bukit tu, takut jgk laa & eksaited nak sampai ke puncak bukit. Ramai sgt org turun bukit masa ktorg tgh naik bukit. Jadi sesak laa perjalanan naik ke atas bukit tu. Haha. Macam jalan raya la pula sesaknya tuu. Aku kuat & semangat lagi laa walaupun penat sbb asyik naik bukit ja. Tapi aku paling x boleh bila ternampak kat bawah. Jadi gayat woo. Haha. Aku minta Alin tunggu aku sbb kaki tgh bergegar2 ni. Haha.

Jalan punya jalan, kami hampir sampai ke puncak bukit broga yg pertama. Aku pun x tau berapa lama tempoh kami mendaki bukit tu sbb xnak laa rasa mcm lama sangat kan. Dalam mendaki puncak bukit broga yg pertama, ada laa beberapa org geng2 budak lelaki apium kat tepi bukit tu dok usik2. Aku dari jauh nampak dah Wanzir yg suka mengusik tu. Aku buat lek ja lalu depan dorg semua. Antara ayat dorg yg aku ingat ialah "adik adiiiiikk, adik adiiiiikk" (ada nada laa sikit.haha). Masa tu Abe Miyo pun ada kat sana. Haha. Padan muka diri sendiri. Sebelum tu Abe Miyo ada buat status kat fb. Ermm, mana2 budak APIUM yg kenal, memang tau lah tu :) Aku syak, majoriti budak API tau pasal ni. Haha

Sepanjang kat bukit broga tu, memang adik & abang selalu diperli oleh geng2 ikhwah ni. Adoiiii. Aku dah biasa dikenakan sebegini. So x kesah sangat laa. Haha. Bila dah sampai puncak bukit broga yg pertama, kami pun rehat jap & amik gambar. Pemandangan dari atas memang cantik walaupun x dpt nk tgk matahari disebabkan hujan yg x berhenti.







Dah cukup rehat semua, abg baju pink tu tanya "siapa yg nak pegi puncak kedua?" Then kami pun cakap nk pegi. So, dia bagi lah. Hehe. Takkan nak larang pula kan. Kalau tgk dari jauh, memang mcm lama sgt nak sampai. Tapi, bila dah excited, memang x rasa apa dah. Hehe. Sesampainya kami di puncak bukit broga yg kedua, Wanzir ajak laa bergambar 1 majmuah. Majmuah 5 yg pegi 8 org ja (4 lelaki & 4 perempuan) Abang & adik kena laa ada kan. Hihi





Apasal laa semua muka mcm x ready ja. Ini semua disebabkan cameraman. Haha. Sesuka hati dia ja amik gambar ktorg mcm ni :P Kenangan kat sini memang x dpt dilupakan. Bertambah best kalau dpt pegi 1 majmuah. Biasa laa, first time kot pegi sini. Haha. Jadi sakai laa sikit.


Masa tgh bergambar ni, hujan pun mula turun lagi. Kesian budak tudung hitam tu. Hmm, dah la demam x kebah lg, terkena hujan sekali lg. Kami plan nak pegi lg puncak yg ketiga tp mcm extreme sangat ja. Bila tgk org yg pegi sana, nmpk mcm susah. So, tak jadi lah nk pegi & mungkin ada jugak bdk lelaki yg pegi. Tapi, x lama lepas tu, bila hujan semakin lebat, kami dipanggil guna healer. Haha. Macam lawak pun ada jugak.

Turun bukit tu memang agak licin sbb tanah dibasahi hujan yg turun. Masa nak turun, aku hanya berpaut pada akar kayu, lalang & pokok2 kecil. Akhirnya sampai jugak kembali ke puncak yg pertama. Berkumpul kat sana sementara menunggu mereka yg masih belum sampai & menunggu hujan reda sedikit. Setelah hujan reda, kami pun turun bukit beramai ramai. Masa turun tu, kena hati2 & berpaut lah pada yg sudi. Haha. Dalam perjalanan menuruni bukit, ada macam2 aksi yg kita dpt lihat ye tuan tuan & puan puan. Sokongan drpd Wanzir pun tidak dilupa. Suka hati dia ja jerit nama org dari bawah tu. Tau laa dah sampai awal kat bawah tp belum sampai kaki bukit lg.

Aku bukan main laju lg turun bukit tu. Tertinggal plak Alin kat belakang. Hehe. Tiba-tiba, Ku Syafiq cakap "eh hasifah, lajunya turun. nk kejar mirul ka?" "xde masa lah nk kejar" "bukan selalu ada masa ka utk mirul?" "boleh laa" Lepas tu Muzairie tanya, "kau kk 5 eh?" "tak ah.aku kk8" "owh, jauh sikit ja tu.insya Allah, ada jodoh tak kemana.tp lepas ni kau kena duk Klate lah" Aku hanya mampu tersenyum kat budak berdua tu. Hehe.

Bila dah rasa mcm nak sampai kat kaki bukit, aku perlahankan sikit langkah ku sbb nak jalan sekali dgn Alin. Turun bukit memang x rasa sgt sbb laju ja kaki ni jalan. Kami pun terus pegi bas, nak balik & rehat. Penat memang penat tp sangat best. Jom ah wahai kawan bertujuh, kita pergi mendaki bukit broga lagi :D Sweet memory sbb ada abe miyo. HAHAHA *gurau jah* Sekian sahaja cerita kali ini :)