Wednesday 16 July 2014

Genap sebulan bersamanya

Assalamualaikum. Salam 19 Ramadhan :)

Alhamdulillah, hari ni bersamaan 16 Julai 2014 genap lah sebulan ku bersamanya. Hihi. Siapakah yang dimaksudkan ? Hmm, tak sangka pula dah sebulan ngajar kat Tadika PASTI. Bukan ada siapa2 pun nak "bersama" dgn aku ni. Huhu. Sedihkan ? :( Ececee nak sedih2 bagai la plak. Haha. Okeh, sambung cerita :D

Sepanjang mengajar bebudak ni, banyak laa pengalaman aku dpt & KESABARAN dlm menghadapi budak kecik ni amat diperlukan. Bukan senang nak kawal dorg ni semua. Dalam tadika tu, ada 10 org sahaja. Bilangan tu nampak sikit kan ? Tapi 10 org tu jd mcm berpuluh puluh org bila semuanya bersuara atau dlm erti kata lain "bermain + jerit2". Aku rasa nak marah ja semua budak ni. Haha. Tp biasa laa budak2 tau main ja. Marah banyak kali pun macam xdak bagi effect apa2. Buat sakit tekak kita ja nak teriak2. Lagi pun, Mr. A kata kita kena tegah/ larang budak2 ni dgn kelembutan bukan dgn kekerasan :)

Haa, ni aku nak perkenalkan student cilik aku yg berumur 4 tahun & kesemuanya ada 4 org (budak lain aku xnak cerita lah.haha). Antaranya ialah Umair Hafiy, Abdullah Anas, Hibban & Dania. Nampak tak betapa comelnya nama mereka. Hehe. Itu baru nama, belum lagi tgk orgnya. Walaupun sikit ja dorg ni, tp mcm biasa lah suara tu mengalahkan suara cikgu dia ni. Adoiii pening kepala cikgu mau control 4 org ni. Itu baru control anak org, belum lg control anak sendiri. Ehh, apa ni ckp pasal anak ? Haha. Harap2 la  bakal anak2 x jadi macam ni. Kahkahkah :p

Nah, belanja satu gambar bebudak ni bersama cikgu tercinta.kah3

Setiap org mesti berbeza perangainya. Sorang macam ni, sorang macam ni. Ada yang cengeng, kuat menyakat kawan & segala macam lah. Kalau bab belajar tu lagi laa memeningkan. Ada yang malas, ada yang rajin & ada pula yang banyak cakap sambil buat kerja. Tapi kalau yg kurang rajin tu, aku akan upah dorg ni tgk cerita kartun atau tgk apa2 video yg sesuai utk budak2 ni kat youtube sambil nyanyi2. Bila dah cakap "okey, siapa nak tgk cerita, kasi siap kerja cepat". Maka, mereka pun cepat2 siapkan kerja tu. Haha. Senang sikit laa nak tarik perhatian & suruh cecepat siapkan kerja. Tapi x leh la nak biasakan mcm tu :) Kena cari cara lain jugak selain drpd menghadap laptop.

Bila ada di antara mereka yg menangis, merajuk atau yg sewaktu dengannya, aku jugak la yg kena pujuk sehabisnya. Acewahhh, guru mithali gitew. Haha. Aku pun pesan laa kat dorg, main tu elok2, jangan sampai nak nangis2 mcm ni. Siapa punya salah ni ? Pastu ada laa tunjuk itu ini. Haha. Aku pun acah2 pukul siapa yg salah tu. Konon2 laa pukul sbb nak hentikan tangisan budak ni padahal x sakit pun pukulan itu. Haha. Pukulan manja jaa~ Dah berhenti nangis, dia sambung main lg plak. Tapi lain plak hal nya kalau ada yg nangis2 nak balik lah, nak ummi lah. Alahaiii~

Dalam kepenatan & kepeningan menghadapi bebudak ni, terselit jugak perasaan sayang dlm diri ni. Hihi. Setiap perbuatan mereka, sangat menghiburkan hati. Walaupun cikgu ni ada marah2 sikit, sebenarnya x ada la nak marah sangat, cuma nak "mengajar" sajaaa. Marah tu kan tandanya sayang. Hehe. Terasa macam mak mak plak bila ada yang dok bermanja manjaan. Terserlah naluri keibuan. Hahaha

Pengalaman mendewasakan kita & pengalaman juga boleh disimpan sebagai kenangan utk mengubati kerinduan. Cewahh. Sebelum ni abah kata, sebulan ja kerja tp memandangkan cuti masih berbaki sebulan lebih lagi, aku pun meneruskan kerja & rutin harian ku mcm biasa. Penat tu penat laa jugak. Tu laa, dulu teringin sgt nak kerja. Bila dah ada kerja, jadi mcm ni la plak. Huhu. Aku bukannya apa, cuma nak menghabiskan masa cuti ni sepenuhnya kat rumah. Kengkawan lain kerja waktu awal2 cuti & aku kerja waktu nak habis cuti. Hmm terbalik la plak. 3 bulan dok menganggur, 3 bulan lg kerja. Kesimpulanya, aku akan habis kerja lebih kurang hujung bulan Ogos. Tapi x apa, Allah dah tetapkan macam tu. Rezeki dtg bila2 masa sahaja. bersyukur lah kita yee :)

No comments:

Post a Comment